> design > add a gadget > HTML/javascript Rainbow Pinwheel Pointer > Design > Add Gadget > Html/JavaScriptff { panda }


Mr.Penang and Ms.Perak <3 Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan .

Hanya Tinggal Kenangan
Tuesday 24 December 2013,, 09:57, 0 comments
Assalamualaikum , haii hari nie nak story pasal emm cerita nie takde kena mengena dengan korang aku just nak story je . So sorry kalau nak menyemak jap .


First time aku kenal dengan dia dengan lebih rapat,sebelum nie kawan biasa2 je,tiba2 je jadi kawan baik dia selalu nak join kalau aku tengah lepak dengan kawan2 lain. Macam menyebuk je,aku tak kisah ramai2 lagi bagus baru best lepak ramai2 kan . Sejak tu la kami makin rapat,rupa2 ye ada udang disebalik batu,ohh awat tak habaq awai2 naa haha . Patut la dia join je ape2 aktiviti yg aku masuk,start dari aku nak cari anak buah untuk team aku , cikgu kata sape paling byk dapat anak buah untuk kadet polis nie dia menang , haha aku ape lagi cari la aku tarik kawan2 aku yg nak masuk sgt tu jadi anak buah aku,tiba2 dia pun nak join juga katanya nak sijil . Dia takde sijil kokorikulum langsung tu la dah susah baru la nak masuk,kenapa lah dri dulu dia tak masuk ape la dorang nie sama semuanya malas nk kawad la tu takut panas , haha . Dari situ la kami rapat semakin rapat,dia jaga aku,dia tengok je ape aku buat,dia ambil berat tentang aku,macam2 la alaa lelaki biasa la nak ngorat mesti lah macam tu kan? Yang aku nie pulak tak perasan pun,aku ingatkan dia buat tu semua sebab kawan je , biasa lah aku takde perasaan masa tu time tu aku tengah trauma nak bercinta yang dia cari kesempatan . Sory aku tak nampak dan aku tak tau pulak kau nak ngorat aku,takde la sape lah nak kat aku nie kan ,peragai teruk,tak lawa tapi comel haha,tak solehah,biasa2 je . Rupa2 ye ada juga peminat terima kasih hehe ,Kawan2 dia yg bagi respon masa tu,yg lain dah tau tapi kenapa aku tak tau dorang sengaja nak kenakan aku,nak malukan aku siap nyanyi lagu untuk kami pulak tu ishhhh segan pilu aku tengok ye haha .Aku cuba untuk hidup bersama dia dan cuba untuk menyayanginya . Indah sangat kenangan time tu,muncul kebahagian dekat situ ,tapi kebahagian itu hanya sementara . Kebahagian itu dah hilang untuk selama-lamanya .

Hubungan kami terhenti sampai disini (12/12/13) kami jalinkan hubungan selama 1 tahun 5 bulan . Semuanya dah berakhir,dah takde ape lagi,yang tinggal hanya kenangan . Terlalu banyak kenangan yang kami cipta sendiri,kenangan manis,kenangan pahit semua tu kami rasa sama2.Happy kan bila orang yang kita sayang membalas cinta pada kita terasa dihargai . Pada mulanya ye aku ada buat salah , sebelum aku dan dia menjalinkan hubungan aku dan sorang kawan baik lelaki , aku dah janji nak tolong dia dengan awek dia ,untuk berikan pengajaran so aku tolong dengan ikhlas,demi kawan aku sanggup tolong aku suka tengok kawan2 aku bahagia itu pun dah cukup untuk aku tapi aku paling tak suka kawan aku dipermainkan . Dia seorang yang kuat cemburu ,alaa biasa la tu . Dia tak perlu jeles sebab aku dengan kawan aku tu berlakon je jadi pakwe makwe bukan betul pun,tapi  salah aku juga terlampau sweet haha . aku dah biasa kawan2 lain pun faham tapi dia tak dia tetap tak suka . Lagipun aku belum ada ape2 hubungan dengan dia lagi so aku nak puas2 enjoy sebab aku tau lepas couple mesti tak boleh enjoy2 lagi , k bosannn . Dia seorang yang seriuss la takut i taww ,hehe . Dia dah banyak kali maafkan aku bila aku timbulkan kesalahan ,tengok je aku macam tu tapi aku nie seorang yang setia ,takde curang,takde playgirl,dusta semua not me okay . Ramai cakap aku nie setia gle la kau nie , hehe aku memang macam tu sory aku tak tau nak curang, aku rasa curang2 nie benda bodoh menyampah aku , anticurang puihhh ! Kami sentiasa bersama,seronok sangat tapi sejak aku pergi sambung belajar nie dia semakin berubah , salah ke aku belajar? tak kan? Mungkin dia tak boleh berjauhan serupa dengan aku tapi aku boleh bertahan mungkin dia tak kot . Terlalu banyak la kenangan semua nie boleh buat aku sedih terkenang kisah dulu,haishhh susah ye aku nak lupakan kau,aku tak kuat .Kenapa semua nie boleh jadi macam nie? Apa salah aku? Kenapa kau berubah?Kau mula abaikan aku,kau langsung tak hubungi aku or sms aku tunggu kau lama sangat,hari2 aku tunggu kau tapi kau sibuk dengan kawan2 kau,kau biarkan aku sendiri kau buat aku macam tak wujud,kau tak pedulikan aku langsung,mungkin kau dah jumpa pengganti aku :) aku hanya mampu tersenyum semuanya untuk kau Nuar. Kau pergi tinggalkan aku tanpa kata2 aku disini masih tertanya2 ,kenapa harus aku yang dilukai ,cukup lah hati aku dah banyak kali dilukai , hati aku baru pulih tapi kau pun sama macam yang lain hati aku dilukai lagi,aku tak sanggup terlalu sakit perit rasa ye . hmm aku hanya berserah pada Allah dia lah yang menentukan segalanya aku hanya mampu berdoa.Tak mengapa 'Hasrul Anwar aku redha dengan dugaan yang Allah berikan ini . Terima kasih kerana kau bagi cinta,kasih sayang kau pada aku walaupun hanya sementara bukan untuk selamanya,impian aku biarlah jadi khayalan sahaja,aku pasrah Nuar ,sebenarnya aku dah maafkan kau dah lama aku maafkan kau ye memang sakit rasanya bila ditinggalkan oleh seseorang yang kita sayang . Tapi mungkin ini semua ada hikmah aku terima dengan rela hati . Maafkan aku jika aku tidak terima kau kembali,bukan aku tak cinta tapi aku taknak hubungan kita jadi macam dulu lagi mungkin kita di takdirkan berpisah,aku tak nak sakitkan hati kau lagi dan kau tak perlu susah2 nak sakitkan hati aku,takpe aku tak marah cuma aku kecewa dengan ape yang kau buat pada aku nie ,mungkin kita takde jodoh kan,kalau betul kau jodoh aku Allah akan temukan kita kan,aku doakan kau sebab hanya itu je yang aku mampu beri hanya doa . Aku harap kau bahagia sampai bila2 , jadilah orang yang berguna . Tapi ..maaf aku masih tak boleh lupakan kau sebab aku terlalu rindukan kau terlalu rindu , aku dah lama pendam rindu ini cuma kau je yang tak tau sebab ape kau tak tau?sebab kau tak pernah hargai cinta dan kasih sayang yang aku berikan pada kau . Aku salah sebab pilih kau , takpe semuanya dah tertulis aku terima . Kalau nak story semua ye panjang kot tak larat dan tidak berdaya ,menangis tak semesti lemah tapi sebenarnya lega . I miss you so much HASRUL ANWAR :'( Selamat Tinggal dan Terima Kasih sebab kau dah banyak jatuhkan Airmata aku .